Tuesday, March 8, 2011

Masalah Buasir dan penyelesaiannya





Apa itu penyakit BUASIR

Mengikut pendapat umum, buasir adalah topik yang jarang dibincang secara terbuka. Ini adalah kerana perasaan malu iaitu buasir terjadi di bahagian sulit. Kehadiran tisu buasir adalah sebagai komponen normal di dalam anatomi manusia.

Masalah buasir
(maaf kalau gambar ni menggangu anda)


Buasir biasanya terdiri daripada kusyen vaskular (yang kaya dengan saluran darah) di dubur yang bertindak sebagai lapik termampat untuk membenarkan dubur tutup sama sekali. Buasir akan menaikkan simptom atau membawa masalah apabila ia membesar, lazimnya hasil daripada tekanan atau
stresyang berlebihan.

Bagi kebanyakan dewasa, di satu tahap atau lain terpaksa menghadapi dengan pendarahan, kegatalan, lelehan lendir dan kadangkala kesakitan yang memaklumkan akan situasi buasir. Malangnya, buasir cenderung untuk menjadi lebih teruk hari demi hari.

Situasi ini harus dirawat secepat mungkin selepas mendapat tahu mengenainya kerana terdapatnya perubatan dan rawatan yang berkesan. Selalunya, buasir memerlukan hanya penjagaan sendiri dan perubahan dalam cara hidup di peringkat awal tanpa memerlukan rawatan yang kompleks. Paras pesakit yang mengalami buasir yang lama dan kronik akan memerlukan rawatan pembedahan sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup untuk pendarahan, kesakitan dan buasir prolaps (tergelincir keluar).

Bagaimana Buasir Terjadi


Buasir merujuk kepada urat darah di dalam dinding dubur. Kedudukannya berada di bawah selaput lendir iaitu lapisan dubur yang paling dalam. Tekanan berlebihan di bahagian rektum menyebabkan dinding vena darah teregang dan membonjol, kadangkala boleh pecah, menyebabkan buasir.

Di dalam saluran dubur manusia terdapat kusyen vaskular di antara anus dengan rektum bawah, menjadikan otot-otot dubur menjadi elastik atau kenyal.

Apabila seseorang mengalami sembelit dan cuba meneran najis yang mengeras di dalam kolon dengan kuat ketika membuang air besar, struktur ini akan membengkak.

Lama-kelamaan ia menjadi kurang memberi dan akhirnya terjulur keluar daripada dubur bersama darah yang berwarna merah cerah yang menitis, tersembur atau meninggalkan kesannya apabila dikesat tisu tandas.

Walaupun pendarahan dan sembelit dilihat sebagai gejala utama buasir, cirit-birit juga boleh menjadi puncanya. Pendarahan yang berlaku daripada dubur tidak semestinya buasir tetapi boleh jadi petunjuk kepada lain-lain penyakit yang lebih serius seperti kanser kolorektal.

Saranan…

Jumpa Doktor Segera

Mereka yang mempunyai sebarang gejala atau pendarahan dubur lebih baik terus berjumpa doktor. Ada juga pesakit yang tidak menunjukkan sebarang gejala awal.

Kebanyakan pesakit hanya berjumpa doktor setelah buasir memasuki peringkat teruk. Pada ketika itu, pilihan rawatan yang ada hanyalah pembedahan yang sepatutnya boleh dielakkan jika mereka merujuk pendarahan awal kepada doktor.

Punca-punca Buasir

* Sembelit dan meneran berlebihan ketika membuang buasir.

* Pekerjaan yang melibatkan keadaan duduk atau berdiri dalam masa yang lama.

* Obesiti,kehamilan dan melahirkan anak


Walaupun kadangkala buasir dikatakan lebih cenderung untuk diwarisi, ini adalah lebih kepada faktor gaya hidup atau tabiat pemakanan di kalangan ahli keluarga yang menyebabkan kecenderungan untuk mendapat buasir.

Penyakit ini boleh dicegah dan simptomnya dapat dikawal jika diurus pada peringkat awal. Walaupun dengan rawatan, pesakit harus mengubah cara hidup mereka untuk mengelakkan berulangnya masalah.

Buasir adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu banyak tekanan di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau memberi dan membonjol. Kadangkala ianya boleh pecah.

Ada dua jenis buasir: Dalaman dan Luaran

  • Buasir Dalaman:

Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.

  • Buasir Luaran

Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.

TESTIMONI SENDIRI TENTANG BUASIR

Masalah buasir juga boleh diatasi kerana pengalaman saya sendiri telah mengalami buasir. Dimana sya kena buasir di peringkat awal kerana sebelum ni saya pernah kerja part time di Shell Station, bekerja sebagai penyelia kedai. Kerjanya memang berat kerana saya kena susun barang kedai, angkat-angkat berat dan mop lantai..yg saya kali punca sy dapat penyakit tersebut adalah disebabkan factor-faktor berikut..Takut mmg xboleh dicerita…fikir nti dah kawin nak beranak mcm2 difikiran saya. Pelbagai ubat yg sy mkn tapi sama juga,perubatan secara tradisonal pun dah buat tapi sama juga…sakit memang tuhan je yang tahu.masa nak membuang air besar Ya Allah memang sakit dan kuar darah..Masa tu yg tahu saya ada penyakit ini mak dan ayah je, sebab malu nk cite dgn org lain…Tapi bila saya berjumpa dgn Koset Premium Beautiful,saya pun pakai selama sebulan buasir saya terus hilang serta merta…Alhamdulilah memang berkesan dan puas hati…Time nak bersalinkan anak pertama dah xrisaukan buasir sampailah sekarang..sekarang masalah buasir tinggal kenang bagi saya..tetapi sakitnya memang Allah saja yang tahu, makan pun kena berpantang,Kini dengan adanya Premium beautiful saya dah xtahut dengan masalah tersebut.

Bagi kawan2 yang menghadapi masalah sama seperti saya, saya galakan untuk memakia Premium beautiful ini…

No comments: