SYARIKAT

Bangunan Hai O
Latar Belakang Syarikat


Hai-O Marketing Sdn Bhd merupakan anak syarikat yang disokong 100% oleh Hai-O Enterprise Bhd. Sejak penubuhan Hai-O Enterprise pada tahun 1975, syarikat ini menjalankan perniagaan perubatan tradisional China dengan berlandaskan konsep, "Produk berkualiti dengan harga berpatutan" dan sentiasa melakukan kerja amal.
Pada tahun 1996, Hai-O Enterprise melangkah ke era baru setelah berjaya disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur (Bursa Malaysia), dan mengekalkan rekod gemilang dengan mengagihkan dividen setiap tahun. Pada masa yang sama, ia juga merupakan syarikat pertama dan satu-satunya syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia melalui penjualan produk penjagaan kesihatan tradisional.

Perniagaan Kumpulan Hai-O termasuk pemborongan, pengimportan, peruncitan, jualan langsung, farmaseutikal dan klinik perubatan tradisional. Dalam masa 30 tahun ini, Hai-O berjaya menubuhkan rangkaian jualan dengan strategi pemasaran yang kukuh.

Sejak penubuhan Hai-O Marketing pada bulan September 1992, syarikat ini terus berkembang dan menjadi sebuah syarikat jualan langsung yang unggul di Malaysia.


Atas pencapaian yang terserlah, Hai-O Marketing dipilih sebagai salah sebuah syarikat jualan langsung yang unggul daripada sepuluh buah syarikat jualan langsung di Malaysia. Di samping meraih gelaran "Syarikat yang Paling Menakjubkan", "Syarikat Jualan Langsung yang Berkembang Paling Cepat" dan "Syarikat yang Paling Stabil".


Kini, kami memiliki lebih daripada 34,000 orang pengedar aktif dan lebih daripada 50 buah stokis / pusat jualan di seluruh Malaysia bagi memudahkan pembelian barangan oleh pengedar.
Menjadi ahli kepada Persatuan Jualan Langsung Malaysia sejak tahun 1994.
.
.
.
 Pengasas Hai O





Peluang Perniagaan
Satu peluang perniagaan yang menawarkan ganjaran untuk memotivasikan individu.



Pelan Pemasaran Hai-O Marketing

Peluang perniagaan Hai-O adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat dengan risiko yang rendah dan kos permulaan yang rendah.

Ia membantu anda membina perniagaan sendiri melalui penjualan produk dan penajaan orang lain. Pengedar baru kemudiannya akan menjual produk dan menawarkan peluang perniagaan ini kepada orang lain. Sudah tentu dengan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, perhubungan jangka masa panjang dapat dijaminkan.

Oleh itu, dengan menyampaikan ilmu pemasaran dan penjualan anda kepada ahli kumpulan anda bukan sahaja untuk membina rangkaian perniagaan sendiri, malah membantu orang lain membina rangkaian perniagaan mereka.

Intisari peluang pendapatan bagi pelan pemasaran Hai-O Marketing adalah penjualan produk yang berkualiti dan perkhidmatan yang ditawarkan serta penajaan. Sedangkan perniagaan anda berkembang, pulangan turut akan bertambah. Dalam pelan pemasaran Hai-O Marketing, tiada sebarang ganjaran yang harus diberi kepada sesiapa yang hanya menaja orang lain sebagai pengedar berdikari.
Sijil halal