Friday, October 22, 2010
Pertambahan Berat Selepas Bersalin Dan Masalah Berat Seluruh Tubuh
Pertambahan Berat Selepas Bersalin
:: Punca
Kehamilan boleh menyebabkan perembesan dalaman dan kadar metabolisme sel lemak tidak berfungsi dengan normal serta menjadi tidak seimbang. Ini menyebabkan masalah berat berlebihan. Ketika hamil, selera anda mungkin bertambah baik dan anda ingin mencuba pelbagai jenis makanan (makanan berlemak, kaya dengan protein dan gula). Ini akan menyebabkan berat badan anda meningkat. Tempoh dalam pantang merupakan masa berat kebanyakan wanita akan bertambah. Ini adalah disebabkan oleh jumlah makanan yang diambil untuk memulihara sistem mereka semula. Selepas kelahiran anak, perut dan hati akan memerlukan masa untuk menyesuaikan semula cara penghadamannya. Jika terlalu banyak makanan diambil, sisa yang masih belum dihadamkan akan tersimpan pada kocek-kocek kulit. Ini akan menjadi lemak yang terkumpul.
Wanita yang pernah merokok sebelum kelahiran anak lebih berkebarangkalian mempunyai berat yang berlebihan selepas bersalin.
:: Ciri-ciri
Semasa kehamilan, biasanya berat wanita akan melebihi berat normal sebanyak kira-kira 10 hingga 30kg. Struktur fizikal mereka akan membesar ke arah luar sebanyak kira-kira 20% hingga 50%. Selepas kelahiran anak, rupa badan akan banyak berubah. Lemak akan berkumpul pada seluruh tubuh. Buah dada akan mula melendut. Kulit di sekitar perut juga menjadi kendur dan bahu akan kelihatan lebih bulat dan berisi. Penahanan air akan menjadi lebih jelas pada paha dan kedut akan mula hadir. Oleh itu, banyak usaha diperlukan untuk mendapat kembali susuk tubuh anda sebelum bersalin. Selepas bersalin, wanita akan mula melihat perubahan pada tabiat pemakanan mereka. Mereka juga akan berasa lemah dan biasanya pergerakan mereka juga menjadi lambat. Dalam kes yang lebih serius, sesetengah wanita mungkin tidak dapat mengawal pundi kencing mereka atau ovari mereka akan mula senget ke arah bawah.
:: Kesan
1 bulan selepas kelahiran anak merupakan masa yang terbaik untuk memulakan program pengurusan berat anda. Jika anda mendapatkan rawatan yang sesuai, peluang pemulihan anda boleh mencapai 100%. Anda boleh mendapat kembali susuk tubuh anda yang muda semula. Jika anda mendapatkan rawatan 6 bulan selepas kelahiran anak, anda akan memerlukan lebih banyak masa dan usaha untuk mendapat kembali susuk tubuh yang menarik dan mengurangkan berat berlebihan itu. Ingat, rawatan anda mungkin tak berkesan jika anda berlengah-lengah untuk mendapatkan bantuan profesional! Jangan mementingkan penjimatan duit dengan mendapatkan rawatan hanya selepas beberapa kelahiran. Itu hanya akan mengurangkan kebarangkalian anda untuk mendapat kembali susuk tubuh yang menawan. Peluang pemulihan adalah sangat tinggi untuk kebanyakan wanita yang mendapatkan rawatan sebaik sahaja kelahiran anak pertama. Jika anda menunggu sehingga kelahiran anak kedua, peluang pemulihan akan menurun dan jika anda menunggu sehingga selepas kelahiran anak ketiga, masa serta usaha yang diperlukan adalah lebih banyak.
Masalah Berat Seluruh Tubuh
:: Punca
Bagi wanita, masalah berat badan biasanya mula dialami ketika umur kira-kira 12 tahun hingga 18 tahun. Kurang bersenam, makan terlalu banyak (makanan berlemak dan berminyak, misalnya KFC) dan penghadaman yang lemah boleh melambatkan kadar metabolisme dan seterusnya menambahkan berat badan. Jika serius, berat anda boleh bertambah 10kg atau lebih setiap tahun. Sebenarnya, kebanyakan wanita dengan berat badan yang berlebihan mula mengalami masalah berat badan semasa kanak-kanak. Pada masa itu, taburan lemak di bawah kulit adalah kurang sekata. Ini menyebabkan sel lemak berkumpul bersama dan seterusnya menyebabkan keadaan berat berlebihan. Faktor-faktor yang menyebabkan pertambahan berat termasuk keturunan, makan terlalu banyak, kurang bersenam, penghadaman yang lemah dan kadar metabolisme yang lambat.
:: Ciri-ciri
Sel lemak yang menjadi besar dan banyak akan berkumpul pada seluruh tubuh dan paling banyak tertumpu pada bahagian bawah tubuh. Orang dengan berat badan berlebihan akan mempunyai 1500 hingga 3000 juta sel lemak pada seluruh tubuh mereka manakala orang biasa akan mempunyai 250 hingga 300 juta sahaja. Biasanya, berat yang berlebihan bermakna terdapat sel lemak yang terkumpul pada bahagian badan seperti perut, pinggang, belakang, punggung, lengan, paha dan muka.
:: Kesan
Masalah lemak jenis ini memang sukar diatasi dan merupakan suatu cabaran. Pada masa yang sama, berat badan yang berlebihan adalah berkaitan dengan beberapa jenis penyakit dan risiko menghadapi penyakit-penyakit itu juga lebih tinggi. Umur 20an ialah masa yang paling sesuai untuk mengurangkan berat badan. Jika rawatan anda betul, anda akan dapat menghilangkan berat berlebihan anda dan mendapat susuk tubuh yang menawan. Jika tidak, banyak segi dalam cara hidup anda juga akan terjejas. Bayangkan keadaan anda yang sukar mencari saiz baju yang sesuai atau tidak dipedulikan orang.
Pada umur 30an, keseluruhan badan anda boleh bertambah sebanyak lebih daripada 30kg. Lemak degil juga akan hadir. Jika anda tidak mendapatkan rawatan, masalah ini boleh menjejaskan peluang kelahiran anak. Selain itu, keyakinan diri juga akan terjejas dan anda mungkin berasa murung. Apabila anda mencecah umur 40an atau 50an, lemak degil akan terus berkumpul pada semua bahagian tubuh anda. Ini merupakan permulaan kepada masalah berat badan yang berpanjangan. Jika masalah ini tidak diatasi dengan serta-merta, keadaan anda akan menjadi teruk dan risiko anda menghidap penyakit-penyakit tertentu juga lebih tinggi. Berat badan yang berlebihan juga menyebabkan kehilangan keyakinan diri dan karisma. Jika anda telah memasuki fasa pertengahan umur, anda akan memerlukan lebih banyak masa untuk menjadi sihat dan mendapat kembali susuk tubuh yang menawan. Oleh itu, dapatkanlah rawatan sebaik sahaja masalah timbul. Anda bukan sahaja akan mendapat kembali tubuh yang langsing dan menarik, malah anda juga akan berasa lebih muda dan bertenaga.
Label:
Premium Beautiful
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
masalah tsebut boleh diatasi dgn koset premium beutiful..
Mesti jaga badan kalau nak cantikGaram Buluh KLS
Post a Comment