Wednesday, December 8, 2010

TAHUN BARU DENGAN NIAT ,AZAM YANG BARU





DOA AKHIR TAHUN

Maksudnya :

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya.
Sedangkan Engkau tidah redha dan tidak menghukumku,tetapi engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas kebeanianku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. maka aku memohon kepadaMu.

DOA AWAL TAHUN


Maksudnya :

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkau yang kekal abadi, yang qadim, yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahan Mu yang melimpah dan ini adalah TAHUN BARU yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemelihara dari Mu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan dan usaha yang mendekatkanku kepada Mu wahai Tuhan Yang Maha Agung dan MAha Mulia.

Wahai Tuhan Yang MAha pengasih dari mereka yang mengasihani dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabat dan kesejahteraan mereka...

No comments: